Saturday, October 15, 2011

#Pheww

Assalamualikum and goodmorning readers xoxo
Macamana exam ? Yeah,bulan oktober kan musim final exam.
Harap-harap korang boleh buat yang terbaik. All the best yah (y)
Nowadays,jarang gila gila kan update blog. Bukannya apa,
kemalasan dalam diri ni menyebabkan malas gila nak update blog.
Tapi takpe,esok lusa aku cuba ubah perangai ni (;
Semenjak dua menjak ni, aku feeling gila a.k.a
semangat bila start main violin.
Al maklumlah,muzik ni sebahagian hidup aku jugak. Ev
erytime aku buka youtube mesti search for orchestra.
Ohyeah, mungkin akhir tahun ni atau tahun depan aku
naik grade for violin. Sukanyaaaa weeee :D
Nak tengok violin aku ?
Ni hahhh :

Omey tak omey tak ?
Haha,ni lah violin kesayangan aku,dah bersama dia selama 2 tahun.
I love you vio :*
Beberapa hari ni jugak,aku tengah try nak buat cover untuk beberapa lagu,
Sesetengah lagu yang aku buat agak sumbang sikit -.-
Maklumlah,beginner lagi. Tak familiar sangat dengan notes.
Takpe2, lepas ni aku try lagi sampai okay (y)
Kawan-kawan sekolah aku ade jugak yang bagi pendapat suruh aku buat video untuk cover2 yang aku dah buat.
Aku ni seorang yang sangat malu depan camera,ni apatah lagi nak buat video.
Hmmm, apa korang rasa ? Perlu ke aku buat ?
Nanti-nanti lah aku fikirkan.
Sampai disini sahaja coretan buat hari ini,ada masa aku updat banyak-banyak. Okay ? :*

Iloveyou readers

Monday, September 5, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum,

Selamat hari raya. Sorry lah,lambat sangat wish. Blog pun dah lama tak di-update. So ? raya macam mana ? Okay ? Korang mesti dapat banyak duit raya dari kita kan, tkpelah,bersyukur je lah kita dapat RM 200 lebih. Raya this year agak bosan jugak tapi tak terlalu bosan sebab dalam menyambut raya kita ada sambut majlis pertunangan uncle kita,masa raya ke-4 :) Sepanjang minggu ni kita rasa agak bosan :/ orang lain cuti seminggu, sekolah kita cuti 2 minggu. Gempak tak gempak tak ? haha, jangan jelly okay ~

This is my parents, sweet tk sweet tk ? :B

My mum's side :)




ni uncle and aunty saya,kemalasan untuk memakai seluar raya xD
My lil twins,dh macam hang tuah,pistol menjadi pengganti keris,hehe



ni masa majlis pertunangan,banyak tak abang,mak and aunty saya makan xD
my cousins,comel tak comel tak ? macam saya kan :3 *jangan marah,nnti kena jual
from ze left : Zara,Mia and Tia


Ze siblings


My dad's side,cool tk atuk saya ? :B
My uncle (kapten Khalif ) and baby Tia

Familia :)

Kita rasa sampai sini je lah,kalau korang nak tengok lagi gambar2 raya kita,kat FB lah yer ~
Masa Open house memang tk putus-putus orang datang,penat melayan,penat ambil gambar.
Al-maklumlah keluarga besar.
Masa majlis pertunangan tu pulak memang sangat ramai,almost 100 orang yang pergi.
Tau tk 100 ? bukan

10 -.- Keluarga kita memang macam ni,pantang ada majlis2 saudara yang terdekat 1 rombongan yang kami bawa ;)
Masa pertunangan tu agak berserabut jugak lah.Bukan apa,dengan cuaca panas terik and orang ramai
memang harapan lah kan nak duduk kat majlis tu lama2. Tapi tkpelah,
bersyukur jugak sebab majlis tu berjalan dengan lancar :)


Tengok tu ! ramai tk ramai tk ?
Macam nak pergi kenduri kahwin kan ? Ni baru rombongan belah lelaki belum masuk perempuan,hihi.
And ni pun baru half family kita :)

So,rasanya korang dah puas kot menatap gambar saya yang tak berapa.
Mohon untuk mengundur diri ~

Terima kasih sudi membaca :)

Saturday, July 30, 2011

NEW !

Assalamualaikum, Hey there peeps !
lama dah tak update, al maklumlah last week busy sangat tengok bola and busy with study. You guys macam mana ? harap2 korang pun okay dalam study.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang hanya akan menjelang pada esok hari, aku ucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK' semoga tahun ni lebih diberkati and jangan tinggal2 puasa.
and sempena Ramadhan juga, aku tukar sikit theme tumblrblog aku. Cun tak ? hihi :3


Hee,biasa je kot. Tak pandai edit sangat :) So,kalau tak cantik diam je ye :)
Adiyos !

Wednesday, July 20, 2011

LIVERPOOL

Assalamualaikum,
'LIVERPOOL FOR LIFE'
well,this is a slogan for a liverpool lover like me :D
i dont know i just love this team,and you know what ? i went to the match last saturday. Woohooo,so AWESOME.
Haha,kalau dah terlebih minat macam ni lah jadinya,merepek je memanjang ;)
kalau you guys tak percaya ni buktinya ha :
ini baru ticket :D


masa tunggu LRT,mengelakkan kesesakan :D

Look at the crowd,ramai :O

Susah nak cari tempat duduk,but at last dapat jugak :)
Look at his fake hair,SO 'KEWL' LIKE THAT :p
masa malaysia menang bukan main semangat lagi orang ni,tapi baguslah semangat patriotik :D


masa game dah nak habis

As a conclusion *ceh ceh,ayat xD haha. Memang tak rugi lah pergi this game cause both team buat yang terbaik even malaysia boleh score 3, memang membanggakan lah,tkde lah memalukan masa lawan dengan arsenal. So,the game was awesome,as we know LIV win 6-3 againts malaysia and im still proud of both team,well done :D

Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2.0

Assalamualaikum
sudah lama aku tinggalkan blog aku ni.berhabuk dah agaknya :D
Pada hari yang mulia ni aku nak berkongsi sikit apa yang aku rasa tentang isu BERSIH 2.0 ni.
korang sedia maklum kan ? baru-baru ni demonstrasi bersih telah dijalankan kat KL,memang ramai lah orang yang datang.Salute lah kat korang,ayah aku pun macam dah sokong je persatuan ni.
apa yang aku tahu tentang bersih ni ialah ianya tentang pilihanraya yang adil dan bersih. Tu jelah serba sedikit yang aku tahu,tak tahu mendalam sangat sebab aku tak berapa minat dengan isu-isu politik macam ni.Wait,bersih ni ada kaitan politik ? erm, sangat susah bagi pelajar berumur 14 tahun macam aku nak fikir pasal semua ni. Baru-baru ni kecoh sekolah aku membincangkan isu ni,majoriti ramai juga yang sokong dan ada juga diantara kawan-kawan aku yang turun padang join demonstrasi ni sabtu lepas. ada yang ajak tapi aku tak berani nak ambil risiko even aku tahu demonstrasi ni adalah untuk menegakkan keadilan,tapi aku terlalu muda untuk benda ni semua.
Semalam,kawan aku ada post kat wall aku satu video ni,sedih gila kot aku tengok video ni.Baru aku sedar bagaimana sikap polis-polis kat malaysia ni,sangat tak berperikemanusiaan. Entahlah,ni pendapat aku,pendapat korang ?
Tapi kalau korang nak tau video apa : ni ha ...


apa pendapat korang ? sedih tak ? bagi aku aku gerun gila lah tengok video ni,lagi-lagi masa ada seorang pakcik ni tengah nazak sebab sesak nafas akibat drpd polis-polis yang baling 'ter gas' tu. Dah lah tak bagi bantuan kat pakcik tu,tau cuak pulak polis-polis ni -.-
anyway,'al-fatihah kepada pakcik tersebut :')

Saturday, June 25, 2011

MY BIG DAY

Wish from Kamillia

Sebelum memulakan bicara,Assalamualaikum :)
Sudah lama rasanya tidak berceloteh di sini,korang semua apa khabar ? Kepada anda anda yang tidak sihat lebih baik cepat-cepat pergi jumpa doktor.
Mesti korang pelik kan kenapa aku upload gambar kat atas tu ;) sebenarnya.. jeng...jeng...
Tujuan aku yang sebenarnya adalah sebab nak inform korang yang harini birthday aku, haha. Jangan lupa wish tau,doakan aku sekali :) Demand je lebih aku ni,maaflah.Birthday girl lah katakan
Tanggal 26 Jun adalah hari yang paling bahagia buat aku. Thanks kepada kawan-kawan aku yang telah pun wish aku kat facebook, appreciate sangat sebab korang still ingat birthday aku. hehe,
aku pun nak wish kat anda anda di luar sana yang menyambut hari lahir pada tarikh yang sma dengan aku ' HAPPY BIRTHDAY/SELAMAT HARI LAHIR'
semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki,semoga Allah lebih memberkati hidup korang.
Hurm,usia semakin meningkat aku tak boleh lagi nak berperangai macam budak-budak.fikiran mestilah lebih matang bukan ? Au akan cuba yang terbaik untuk berubah menjadi yang lebih baik,Amin.

p/s: sekali lagi jutaan terima kasih buat keluarga,rakan-rakan serta masyarakat sekliling :)

Saturday, June 4, 2011

cuticuti Malaysia

Assalam,

Korang semua apa khabar ? lama aku tak berceloteh kat sini,bukan apa sifat malas yang terpendam kat dalm diri ni membuatkan aku rasa malas untuk menghadap skrin komputer.
almaklumlah orang tengah layan cuti yang sedang berlangsung ni.
di kesempatan ini aku nak ucapkan SELAMAT BERCUTI KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA dan rakyat-rakyat di negara lain yang sewaktu dengannya ;)
harini aku taknak bercerita panjang sangat,aku cuma nak berkongsi apa yang aku lakukan sepanjang cuti persekolahan ni.
Cuti kali ni aku tak pergi mana-mana sangat, banyak duduk rumah and layan TV je.
ini adalah disebabkan abang aku yang terlampau banyak homework yang perlu disiapkan -.- geram jugak,haih, tapi tak pelah orang balik bercuti dari asrama macam tu la.
aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti ni , aku melencong ke rumah kawan-kawan aku yang dah lama aku tak kunjung. Naik gila aku jumpa diaorang,biasalah dah hampir 3-4 bulan tak jumpa. Ada beberapa gambar yang aku nak kongsikan,layan je lah apa yang aku buat kat rumah diaorang :


ni lah kerja orang pantang nampak camera,posing je tau
*biasalah REMAJA ! hehe

lepas pergi rumah diaorang aku tak pergi mana dah,parents aku busy dengan kerja diaorang,tapi aku tak kesah,cuti bukan sekali banyak lagi cuti yang mendatang.
So, aku harap percutian korang kali ni lebih menarik lagi :)
aku rasa sampai di sini sahaja coretan aku kali ni,
makanan di dining hall sedang menunggu ketibaan aku, adiyos !

wassalam